Saturday, April 21, 2012

MY NeW GaDGeT...HuHuuuu... =D


hubby meyepraiskan aku malam semalam ngan henfon baru...

kami baru balik checkup...

slamba ja hubby letak kotak atas meja makan...

ingatkan hubby beli stocking...

mana nak nampak...

aku tengah koyak2 roti canai tuk supper...

selera mak mengandung...

tapi skali p dekat tengok...

rupa2nya henfon baru...

samsung galaxy s2...

alahai...

syahdunyaaaaaaaaaaaaa...




ni lah 1st touchscreen fon yang aku dapat...

ni lah 1st henfon yang ada wifi...

yeayyy...

leh surf internet sana sini...






tengah charge...

tak pegang pun lagi...

hubby ngan faisal dah rasmi main game...

as usual...

heheh...


balik nanti ada la project godek menggodek henfon baru...

nak download video2 clips...

nak amik2 pictures...

heheh...


Wednesday, April 18, 2012

NaMa BaBY KaMi...HmmmMMmm...


aku ada berkenan ngan 3 nama ni...

stat ngan Muhammad dan nama belakang Rahimi...

nama tengah tu stat dari F...

tapi choose punya choose...

tak jadi...

nama dekat sangat ngan akak2 n abang...

hubby tak berkenan nama Rahimi...

soooooo cancelll...



ahad aritu bangun awal...

kui 8.00am dah jaga...

takleh tdoq...

dok pikir2 nama baby lagi...

heheh...

bila hubby jaga ja terus tanya...

baby nak buh nama pa...

amik buku nama2 anak...

choose punya choose...

kami berkenan 1 nama ni...

unik...



harap2 aku selamat bersalin...

baby takdak problem...

hubby ada masa aku p hospital...

amin...

doakan kami selamat ya...


ps : bilik dah kemas...

barang2 baby dah susun...

comel ja tengok baju kecik2, pampers kecik, botol susu kecik, smua serba kecik...



Monday, April 16, 2012

TeNTH CHeCKuP @38 WeeKS... =D


ini cerita last friday...

aku p checkup ngan hubby...

as usual klinik kosong...

sempat plak aku p econsave borong segala kacang badam, coklat vochelle wat bekal kunyah2...

heheh...



sampai klinik terus timbang...

haih...kan dah kata...berat naik kau2 punya...

result checkup kali ni...

berat 64kgs...gara2 makan coklat banyak la ni...

urine ok...

BP ok...



kali ni takyah scan...

doktor check perut...

kepala dah ada kat kedudukannya...

alhamdulillah...

tengok perut dah ikut minggu...38 minggu...

bagusss...



aku ni dah gabra dah...

pekerja klinik tu bersalin awal 2 minggu...

kawan kat FB pun sama...

kawan mak aku pun sama...

weiiiiii...


takuttttt...



ps : kad mengandung memang standby lam beg dah 3 minggu dah...

beg pun dah pack...

standby ja la naa...



Tuesday, April 10, 2012

aKu YaNG... =)


dah lama tak buh picture kat blog...



aku yang besaq n berat...



tak sabaq tunggu baby keluaq...

hmmm...

doakan smua selamat naa...

amin...



Saturday, April 7, 2012

aGeNDa MiNGGu Ni...BaNYaK Woooooo...


agenda minggu ni...

alang2 hubby ada kat umah...

nak p checkup...

nak makan sedap2...heheh...

nak pack beg hospital...

nak kena repair zip bag tu dulu...

baru ja aku beli kat jusco, boleh plak zip rosak...ngeng...

nak beli barang2 baby...

pampers, berus botol, baju skit, sarung tangan / kaki...

nappy rash cream, wet tissues, cotton bud...

baby toiletries lagi...brand pureen wangi ja kan...*dah lama tak bau baby...*

baby bag, beg botol susu...(kalu ada sponsor best la...)...

bakul susu baby...nak hat comel2 punya...yang ada penutup...kemas skit...

nak beli tikaq getah alas katil...huwaa...smua hat impotant2 tak beli lagi...

hmmm...



nak survey katil baby lagi...

kalu ada jenis leh lipat...bagusla...



comeyyyyy...

sapa nak sponsor??

huhuuuuu...



agenda yang paling important skali...

aku nak potong rambut...

tak tahan rambut panjang sangat...

dah setahun lebih kut tak potong...

sakit pala laaaaaaaa...

minggu lepas p kedai gunting...

smua orang duk wat rebonding sampai depa takleh nak potong rambut langsung...

aku pun balik la ngan ati yang hampa...

*drama ja...*

heheh...


Thursday, April 5, 2012

FaLSe aLaRM...HuHu... =(


dah lama tak update blog...

online ari2 tapi malas nak update...

(sok jumaat 06.04.2012 ada checkup)...



semalam aku ingat memang dah nak masuk hospital dah...

dah 37 minggu ni...

dalam kui 4.00pm aku dah tak selesa duduk kat kerusi ofis...

sebbek perut tak mengeras...

balik umah ja terus stat...

perut mengeras semacam ja...

sampai bawah perut pun sakit...

alahai...

nak p hospital dah ka...

mesej hubby...

dia pesan jangan susah ati...

relaks...

hubby pesan ngan Farhanah suh wat air selawat...

bagi aku minum...

so sweet...

huhu...


nak makan dinner pun takut...

aku just minum milo ngan kunyah ais...

sejuk sket tekak...

kui 9.20pm aku ngan faisal p tdoq...

takut weh...

dah la beg hospital aku tak pack lagi...

ntah bila nak pack pun taktau...



ps : aku dah bawak keluaq beg...

malam ni mau takmau mesti kena pack bag jugak...

NO EXCUSE ANYMORE...

dah la nak dekat due ni...

aiyakkk...

takuttt...


Ya Allah, biaq la aku mengandung sampai cukup bulan...

biaqla hubby ada masa aku nak bersalin nanti...

biaqla aku bersalin dekat hospital kulai ja...

jangan la ada bleeding case cam faisal...

amin...


jom baca...

aku dari mengandung 7 bulan dah rasa perut keras2 ni...

haish...

mungkin sebab perut kat bawah kutttt...


Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.


Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.

Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.


Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.


Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?

Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.


Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.

Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.