Thursday, April 5, 2012

FaLSe aLaRM...HuHu... =(


dah lama tak update blog...

online ari2 tapi malas nak update...

(sok jumaat 06.04.2012 ada checkup)...



semalam aku ingat memang dah nak masuk hospital dah...

dah 37 minggu ni...

dalam kui 4.00pm aku dah tak selesa duduk kat kerusi ofis...

sebbek perut tak mengeras...

balik umah ja terus stat...

perut mengeras semacam ja...

sampai bawah perut pun sakit...

alahai...

nak p hospital dah ka...

mesej hubby...

dia pesan jangan susah ati...

relaks...

hubby pesan ngan Farhanah suh wat air selawat...

bagi aku minum...

so sweet...

huhu...


nak makan dinner pun takut...

aku just minum milo ngan kunyah ais...

sejuk sket tekak...

kui 9.20pm aku ngan faisal p tdoq...

takut weh...

dah la beg hospital aku tak pack lagi...

ntah bila nak pack pun taktau...



ps : aku dah bawak keluaq beg...

malam ni mau takmau mesti kena pack bag jugak...

NO EXCUSE ANYMORE...

dah la nak dekat due ni...

aiyakkk...

takuttt...


Ya Allah, biaq la aku mengandung sampai cukup bulan...

biaqla hubby ada masa aku nak bersalin nanti...

biaqla aku bersalin dekat hospital kulai ja...

jangan la ada bleeding case cam faisal...

amin...


jom baca...

aku dari mengandung 7 bulan dah rasa perut keras2 ni...

haish...

mungkin sebab perut kat bawah kutttt...


Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.


Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.

Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.


Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.


Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?

Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.


Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.

Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.



4 Kata² Orang:

Myra Jay said... [RePLy]

Akak memang kena pack barang cepat2 nanti takut ter'bersalin kang kena marah dengan MISI :)

Fadzillah Kamarudin said... [RePLy]

@Myra Jay tulah MJ...masa pregnant anak 1-3 awal2 dah pack...lani rasa cam malas nak pack beg hospital tu...

~SukEMakAn~ said... [RePLy]

nak besalin kat umah la tu yg malas nak pack ni.
=p


amin. ^^

Fadzillah Kamarudin said... [RePLy]

@~SukEMakAn~ wei inaaaa...takmau weh...nanti smua panikkk la...huhu...nak pack la ni...tgu beg repair dulu...time2 camni la zip beg nak rosak...hampehhhsss...

LuaHKaN PeRaSaaN aNDa