Saturday, September 8, 2012

8th GiveAway (GA)














jom join...due date : 25.09.2012 12.00am...

klik gambar diatas tuk join...





TuDuNG...TuDuNG...SaYa Mau JuaL TuDuNG...



  entry melekat...taktau sampai bila... =) 

" tudung...tudung...saya mau jual tudung...arga murah murah...mari tengok tudung...jangan tengok saja...beli la sama...heeee... ;)"
 *Ada gaya macam makcik pasar malam*

Sila la tengok tengok selendang custom made dari cotton viscose yang sejuk dan senang dililit. Harga hanya RM25 sahaja. Boleh dibuat selendang selepas raya. Heee. Selendang ini panjang dan lebar sedikit dari normal pashmina (length : 2m, lebar : 75cm) untuk memudahkan anda menggayakan pelbagai style dengan mudah. And most importantly, provides more coverage. ^^


greenwitch RM 25

purplewitch RM 25

bluelagoon RM 25

floraltine baby green RM 25

floraltine orange RM 25


adik saya, bukan model, sedang menggayakan floraltine baby green. mcm mana pakai seblom kuar umah, mcm tu jugak la tudung sampai balek umah. ^^


sebarang pertanyaan boleh la ditanya disini or di Pieces. terima kaseh. =)






Wednesday, August 1, 2012

MamaTisya Duit Raya 2012 Giveaway






Syarat-syarat senang je:

terbuka utk FOLLOWERS MamaTisya &
Fanpage MamaTisya

just tgalkn link blog anda & email anda di ruangan komen ini
pastu tgalkn apa2 saje komen psl blog MamaTisya
or nk wat ucapan raya ke or apa saje korang nk komen di alu2kn


Seramai 5 org yg bertuah akan dipilih melalui RANDOM.ORG
dan akan mendapat RM 10 each 
bermula 1 Ogos - 10 Ogos 2012@10.00 pagi
 
 

Saturday, July 14, 2012

Saya mahu cantik dan sihat dengan VITAMIN C. Jom dapatkannya pada DISKAUN HEBAT di UmmiIrfan.Com


1. GIVEAWAY ini akan diadakan SEMINGGU bermula hari ini, 9 July 2012

2. Anda cuma perlu:
i) UPLOAD gambar di bawah dengan tajuk entry:  "Saya mahu cantik dan sihat dengan VITAMIN C. Jom dapatkannya pada DISKAUN HEBAT di UmmiIrfan.Com" 


ii) LINK balik entry ni gambar di bawah ni.
iii) Tinggalkan komen di entry ini setelah anda SHARE untuk kami membuat kunjungan balas. 

Mudah kan? 



TARIKH TUTUP: 16 Julai 2012


CABUTAN akan dibuat pada: 21 Julai 2012



Untuk kali ini, HADIAH yang ditawarkan ialah produk Shaklee yang bernilai RM50! 




                                   Jom sertai sekarang! Mana tahu mungkin anda terpilih! :-))


Eqbal Zack: Brisbane Giveaway...

                                                            
                                                          HOW TO ENTER
                     Please read carefully as I reserve the right to disqualify any incomplete/invalid entries!

Must be a follower and fans of this blog.
Write a simple blog post (Malay/English) about this giveaway.

The title of your entry will be: Eqbal Zack: Brisbane Giveaway...

Leave your permalink (URL) in the comment box!
Deadline: midnight 11:59pm Malaysia time, 31 July 2012 (Tuesday)
I will be drawing the winner of this giveaway on the 3 August 2012 (Friday) using a RANDOM.ORG
Good luck everyone. I hope you like the prizes I have picked out!! Here are the prizes,


 Three [3] Kangaroo Pencil Case
Four [4] exclusive key chains from Brisbane and two [2] Koala Coin Bag...

                           All prizes are new and unused, and all purchased by me for this giveaway.

 Want to join??

Wednesday, June 27, 2012

WW BaCK To WoRK... =(


1st day keja arini lepas cuti maternity 2 bulan...


aku miss that budak kecikkkk...


=(














 

Saturday, April 21, 2012

MY NeW GaDGeT...HuHuuuu... =D


hubby meyepraiskan aku malam semalam ngan henfon baru...

kami baru balik checkup...

slamba ja hubby letak kotak atas meja makan...

ingatkan hubby beli stocking...

mana nak nampak...

aku tengah koyak2 roti canai tuk supper...

selera mak mengandung...

tapi skali p dekat tengok...

rupa2nya henfon baru...

samsung galaxy s2...

alahai...

syahdunyaaaaaaaaaaaaa...




ni lah 1st touchscreen fon yang aku dapat...

ni lah 1st henfon yang ada wifi...

yeayyy...

leh surf internet sana sini...






tengah charge...

tak pegang pun lagi...

hubby ngan faisal dah rasmi main game...

as usual...

heheh...


balik nanti ada la project godek menggodek henfon baru...

nak download video2 clips...

nak amik2 pictures...

heheh...


Wednesday, April 18, 2012

NaMa BaBY KaMi...HmmmMMmm...


aku ada berkenan ngan 3 nama ni...

stat ngan Muhammad dan nama belakang Rahimi...

nama tengah tu stat dari F...

tapi choose punya choose...

tak jadi...

nama dekat sangat ngan akak2 n abang...

hubby tak berkenan nama Rahimi...

soooooo cancelll...



ahad aritu bangun awal...

kui 8.00am dah jaga...

takleh tdoq...

dok pikir2 nama baby lagi...

heheh...

bila hubby jaga ja terus tanya...

baby nak buh nama pa...

amik buku nama2 anak...

choose punya choose...

kami berkenan 1 nama ni...

unik...



harap2 aku selamat bersalin...

baby takdak problem...

hubby ada masa aku p hospital...

amin...

doakan kami selamat ya...


ps : bilik dah kemas...

barang2 baby dah susun...

comel ja tengok baju kecik2, pampers kecik, botol susu kecik, smua serba kecik...



Monday, April 16, 2012

TeNTH CHeCKuP @38 WeeKS... =D


ini cerita last friday...

aku p checkup ngan hubby...

as usual klinik kosong...

sempat plak aku p econsave borong segala kacang badam, coklat vochelle wat bekal kunyah2...

heheh...



sampai klinik terus timbang...

haih...kan dah kata...berat naik kau2 punya...

result checkup kali ni...

berat 64kgs...gara2 makan coklat banyak la ni...

urine ok...

BP ok...



kali ni takyah scan...

doktor check perut...

kepala dah ada kat kedudukannya...

alhamdulillah...

tengok perut dah ikut minggu...38 minggu...

bagusss...



aku ni dah gabra dah...

pekerja klinik tu bersalin awal 2 minggu...

kawan kat FB pun sama...

kawan mak aku pun sama...

weiiiiii...


takuttttt...



ps : kad mengandung memang standby lam beg dah 3 minggu dah...

beg pun dah pack...

standby ja la naa...



Tuesday, April 10, 2012

aKu YaNG... =)


dah lama tak buh picture kat blog...



aku yang besaq n berat...



tak sabaq tunggu baby keluaq...

hmmm...

doakan smua selamat naa...

amin...



Saturday, April 7, 2012

aGeNDa MiNGGu Ni...BaNYaK Woooooo...


agenda minggu ni...

alang2 hubby ada kat umah...

nak p checkup...

nak makan sedap2...heheh...

nak pack beg hospital...

nak kena repair zip bag tu dulu...

baru ja aku beli kat jusco, boleh plak zip rosak...ngeng...

nak beli barang2 baby...

pampers, berus botol, baju skit, sarung tangan / kaki...

nappy rash cream, wet tissues, cotton bud...

baby toiletries lagi...brand pureen wangi ja kan...*dah lama tak bau baby...*

baby bag, beg botol susu...(kalu ada sponsor best la...)...

bakul susu baby...nak hat comel2 punya...yang ada penutup...kemas skit...

nak beli tikaq getah alas katil...huwaa...smua hat impotant2 tak beli lagi...

hmmm...



nak survey katil baby lagi...

kalu ada jenis leh lipat...bagusla...



comeyyyyy...

sapa nak sponsor??

huhuuuuu...



agenda yang paling important skali...

aku nak potong rambut...

tak tahan rambut panjang sangat...

dah setahun lebih kut tak potong...

sakit pala laaaaaaaa...

minggu lepas p kedai gunting...

smua orang duk wat rebonding sampai depa takleh nak potong rambut langsung...

aku pun balik la ngan ati yang hampa...

*drama ja...*

heheh...


Thursday, April 5, 2012

FaLSe aLaRM...HuHu... =(


dah lama tak update blog...

online ari2 tapi malas nak update...

(sok jumaat 06.04.2012 ada checkup)...



semalam aku ingat memang dah nak masuk hospital dah...

dah 37 minggu ni...

dalam kui 4.00pm aku dah tak selesa duduk kat kerusi ofis...

sebbek perut tak mengeras...

balik umah ja terus stat...

perut mengeras semacam ja...

sampai bawah perut pun sakit...

alahai...

nak p hospital dah ka...

mesej hubby...

dia pesan jangan susah ati...

relaks...

hubby pesan ngan Farhanah suh wat air selawat...

bagi aku minum...

so sweet...

huhu...


nak makan dinner pun takut...

aku just minum milo ngan kunyah ais...

sejuk sket tekak...

kui 9.20pm aku ngan faisal p tdoq...

takut weh...

dah la beg hospital aku tak pack lagi...

ntah bila nak pack pun taktau...



ps : aku dah bawak keluaq beg...

malam ni mau takmau mesti kena pack bag jugak...

NO EXCUSE ANYMORE...

dah la nak dekat due ni...

aiyakkk...

takuttt...


Ya Allah, biaq la aku mengandung sampai cukup bulan...

biaqla hubby ada masa aku nak bersalin nanti...

biaqla aku bersalin dekat hospital kulai ja...

jangan la ada bleeding case cam faisal...

amin...


jom baca...

aku dari mengandung 7 bulan dah rasa perut keras2 ni...

haish...

mungkin sebab perut kat bawah kutttt...


Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.


Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.

Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.


Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.


Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?

Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.


Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.

Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.



Saturday, March 24, 2012

NiNTH CHeCKuP @36 WeeKS... =D


aku risau...

risau sebab 2 minggu lepas doktor kata baby songsang...

tak sabaq nak p scan tengok kedudukan baby...



tunggu hubby balik dari melaka...

pas makan then baru p klinik...

takdak orang...

klinik pun dah nak tutup dah...

takpa...

kami regular patient maaa...



result checkup kali ni...

berat naik 2kgs...jadi 60kgs...

urine ok...

bp ok...



result scan...

alhamdulillah...

baby dah pusing ke bawah walaupun belum betul kat kedudukan yang sepatutnya...

senget sket...

heheh...

doktor letak ja scanner kat perut, terus nampak jantina baby ngan jelas...

confirm BOY...

kedudukan uri kat atas...

alhamdulillah...


gara2 kena scan, baby mogok lam perut...

abes keras sampai pagi...

nak makan susah...nak baring susah...takleh tdoq...

sebbek keja hafday arini...



doktor kata tinggal +-sebulan ja...

aku seriau...

ngan hubby selalu outstation...

hmmm...

tapi nasib aku baik...

jiran2 aku memang baik...

depa siap pesan, kalu ada emergency, just inform...

=)

takkan nak tunggu hubby bertolak dari melaka??

kang terbersalin kat umah plak...



ps : masa tdoq hubby pesan, kalu dah ada tanda nak bersalin...

inform pagi2...aiks...kalu tanda kuaq petang camna??

jawapan nak mintak penampaq...

heheh...

doakan hubby aku standby keja kat singapore ja bulan depan...

takmau p melaka lagi...

takut...


Tuesday, March 20, 2012

Doa2 MeNJeLaNG BeRSaLiN...


1. Surah Al-Anbiyak ayat 87


" Bahawa tiada Tuhan selain Engkau. Maha suci Engkau sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."


2. Ayat Kursi / Al-Baqarah ayat 255


" Allah tiada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya, tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."


3. Surah Al-A'raf ayat 54


" Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa. Lalu Dia bersemayam di atas 'Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat dan diciptakan-Nya pula matahari, bulan dan bintang-bintang masing-masing tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintahkan hanyalah hak Allah. Maha suci Allah Tuhan semesta alam."


4. Surah Al-Falaq


" Katakanlah: " Aku berlindung kepada Tuhan yang Menguasai Subuh dari kejahatan makhluk-Nya dan dari kejahatan malam apabila gelap gelita dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki."


5. Surah An-Nas


" Katakanlah (Wahai Muhammad) " Aku berlindung kepada Allah pemelihara sekelian manusia. Yang menguasai sekelian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia. Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, iaitu pembisik dan penghasut dari kalangan jin dan manusia."

Amalan-amalan yang disebutkan di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

" Apabila Fatimah telah hampir melahirkan, Rasulullah menyuruh Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsy agar datang melihat Fatimah, maka Rasulullah SAW membaca ayat Kursi, surah Al-A'raf ayat 54 di sisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca Al-Muawwizatain iaitu surah Al-Falaq dan surah An-Nas."
(Riwayat: Ibnu Sunny)

Semoga dengan mengamalkannya, Allah mempermudahkan kita bersalin. Apabila telah selamat bersalin, bacalah doa ini:


" Aku memohon perlindungan dengan kalimat Ilahi yang sempurna daripada semua syaitan dan binatang-binatang yang berbisa dan daripada pandangan mata yang jahat."

- Dipetik daripada buku Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin Serta Panduan Menamakan Bayi.


credit : http://mamiraysha.blogspot.com/


ps : makin dekat2 due ni aku lagi seriau...

checkup jumaat ni...

doakan baby dah pusing2 na...


Friday, March 16, 2012

Doa NaBi YuNuS...



Ayat di bawah ini merupakan Doa Nabi Yunus ketika terperangkap dalam perut Ikan Nun.


لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمين

“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” (Surah Anbiya ayat 87)


Sekiranya menghadapi sebarang kesullitan, eloklah diamalkan ayat ini.


ps : dah dekat2 due ni...berdebar2 rasanya...

Ya Allah...Permudahkanlah semuanya...amin...





Thursday, March 15, 2012

BiLa BaBY KuRaNG TeNDaNG... =(


apa perasaan hampa kalu baby kurang tendang masa pregnant??

baby aku ni aktif...

memang gerak2 dan tendang memanjang...

sampai keras perut aku dia buat...



tapi dari semalam pagi aku tengok baby diam ja...

hanya gerak ja...

kurang tendang...

malam tu ada juga aku cakap2 ngan dia...

kacau2 dia kut2 dia nak balas tendangan ka...

takdak jugak...

sengap ja...

pagi kui 4.00 aku dah jaga...

nak p toilet...

pastu pegang perut...

tengok diam ja baby...

aku kacau2 dia...

baru gerak sket2...

tapi still tak tendang...

adoiiiiii...



tendang la wahai baby ku...

jangan bagi mak susah ati weh...

dahla abah hang jauh nun kat melaka...

takkan mak nak p hospital sorang2...

takuttt...



ps : takkan dia rindu abah dia??

takkan dia nak abah dia main2 ngan dia??



Monday, March 12, 2012

CeRiTa HaRi SaBTu...


ari sabtu keja hafday...

dah mak tak jadi mai, hubby wat plan tengok wayang...

aiks...

aku ok ja...



kami kuaq dari umah kui 3.45pm...

terus p makan KFC dulu...



pastu p beli segala keropok, ayaq kotak, ayaq botoi, coklat wat bekal tuk makan nanti...

harap2 boleh seludup masuk pawagam nanti...

heheh...



terus p tesco...

hubby nak tengok barang tuk excercise plak...

dah beli abes...

terus p jusco tebrau...

beli tiket wayang John Carter...



haiseh...

show kui 9.50pm dah full...

tinggai kui 11.10pm ja...

beli gak 6 tiket...

3 dewasa...3 kids...



dah sejam duduk lam tu aku mula tak sedap duduk...

sakit pinggang...sakit kaki...

sakit perut...segala macam sakit dah mai...

rasa cam nak keluaq and balik umah ja...

tapi aku tahan gak sampai gambaq abes...

cerita best tapi takleh concentrate sangat...

sakittt...

faisal ngan faizah tertdo lam tu...

takpa la...

kami sampai umah kui 2.00am...

mak tak larat dah...

2.30am aku bantai tdoq dulu...

huhu...



ps : dah tak larat nak travel jauh2...

kena lupakan aktiviti jalan2...shopping2...tengok wayang...

haish...

Saturday, March 10, 2012

eiGHT CHeCKuP @34 WeeKS... =D


semalam p checkup lagi...

klinik takdak orang...

bagusla...

smua orang dah prepare nak balik, aku baru sampai...

heheh...



kali ni takyah scan...

just wat routine checkup ja...

bp aku low...100/60...

urine normal...

berat naik 2kgs...

lani dah 58kgs...

=)

mana tak naik...

1 ari 1 bungkus biskut mum's bake aku makan...

ngan kerepek pisang lagi...

ngan cucuq lagi...

heheh...



baby position??

ni yang tak best ni...

kepala kat atas...kaki bawah...

awat la baby dok pusing2 tak abes2 ni...

dah 8 bulan still leh pusing2...

dokter suh mai lagi 2 minggu...

scan...

tengok tumbesaran baby plak...

=(

sedih aku...



ps : jom p cari steak...

lapaq la...


Thursday, March 8, 2012

CheQpPJoY Shop Giveaway


syarat2nya ialah...

1. jadi follower kedua2 blog...like fanpage...done...

2. buat entry...gunakan title yang diberi...done...

3. copy banner...buh kat entry dan linkkan...done...


Link
http://1.bp.blogspot.com/-0glCVHKpxzw/T1QzT2nitII/AAAAAAAACqI/kx1w_6oBdO8/s1600/cheqppjoy+giveaway2.jpg

4. tag 2-3 orang bloggers...

cute mum...

nana...



5.
komen kat komen box...done...



due date 26.03.2012...


Friday, March 2, 2012

HaNG NaK TaK?? aBaH HaNTaQ...


semalam petang abah kol...

aku kalu abah kol ni yang takut ni...

abah jarang2 kol aku...

selalunya mak yang kol...

kalu abah kol mesti perut aku kecut...

*suka ingat yang bukan2*...



abah tanya...

nak jambu ayaqtak??

abah nak antaq ni...

aiks...

soalan yang takleh aku jawab...

nak memang nak...

tapi kan kezen aku nak p penang esok...

boleh kirim kat kezen aku ja...

jimat duit abah...

tapi abah nak antaq gak...

kata ada banyak buah...

takut rosak...

heheh...

rezekiiii...



arini buah dah sampai...

balik umah ja terus basuh...

simpan lam peti ais...

aku amik semangkuk buah...

potong and makan ngan garam...





tak lalu nak makan ngan kuah rojak makbee...

takdak geng...

esok p market beli mangga ngan sengkuang ka...

leh wat rojak buah...



thanks abah...

thanks mak...

rindu smua...



ps : jumaat minggu depan mak nak mai...

tingin nak makan nasi daging...

heheh...